AnDa OraNG YG KE....

counter

Tuesday, October 20, 2009

pendidikan anak-anak

Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi
hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan
panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di
dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam
menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah
seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat
yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan
manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan
mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.

Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua
peringkat.Peringkat pertama iaitu sejak ia lahir hingga berusia 18
tahun atau 20 tahun.Peringkat kedua iaitu berusia 20 tahun sehingga
meninggal dunia.Pada peringkat pertama tadi, ia terbahagi kepada tiga
bahagian iantu sejak lahir sehingga mengjangkau umur enam tahun,ketika
berusia tahun sehingga berusia tiga belas tahun manakala bahagian
ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18 atau 20 tahun.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia
berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak
adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang
sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-
kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama
iaitu:

Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam
hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai
ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan
lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.

Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari
suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk
pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut
mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.

Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan
kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan
masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.

No comments:

Post a Comment